HOTLINE / WHATSAPP:- 012-3596310


Thursday, March 16, 2017

Cara Rawat Buasir Selepas Bersalin

Buasir. Belum kena pun tapi bila dengar rasa seksa. Terbayang jika lepas bersalin kena buasir, dalam tempoh berpantang berperang pula dengan buasir, haru.

Ada ibu yang mengalami jahitan bersalin, benda tu nak kena jaga betul-betul. Kalau ikutkan bila keluar je anak tu rasa sakit dah hilang tapi disebabkan luka jahitan maka ibu masih perlu berjaga-jaga. Boleh rasakan pula bila masa ni kena buasir pulak, sakit berganda.

Buasir ni selalu dikaitkan dengan tak cukup fiber dalam pemakanan kita. Tapi ada juga yang berlaku akibat proses bersalin yang memungkinkan ibu lupa teknik semasa kelahiran yang betul, nak meneran kena betul. Masa inilah kemungkinan juga boleh berlaku buasir jika teknik meneran kita salah.

Akibat terlampau kuat meneran tambah dengan teknik yang ikut konsep suka hati kita maka ada kemungkinan lepas bersalin kita akan alami buasir.

Apakah ia Buasir

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Kadang orang cakap usus terkeluar. Akibat yang biasa adalah kerana meneran yang keterlaluan. Tak kisahlah masa dalam proses bersalin atau selepas. Kalau berlaku masa pantang tu biasanya sebab kita takut nak membuang, tahan punya tahan lama-lama jadi sembelit.

Akibat sembelit maka membuang jadi susah, teran punya teran yang keterlaluan akhirnya membawa kepada buasir.

Buasir juga boleh berlaku semasa hamil, apabila tekanan berlebihan ke atas urat rektum akibat kehamilan. Jadi berhati-hati dengan menjaga sebelum ia berlaku.


Buasir ni ada jenis internal (sebelah dalam) dan juga external (terkeluar). Yang buasir dalam ni biasanya tak sakit tapi berdarah. Manakala buasir yang terkeluar biasanya disusuli dengan rasa sakit.

Apa Rasa Buasir Ni?

Buasir menyebabkan rasa tak selesa, sakit, pedih, panas dan gatal di tempat yang terkeluar itu. Ngeri pulak.


Tanda-Tanda Anda Mungkin Alami Buasir

  • berdarah semasa membuang air besar, tanpa rasa sakit. Kita boleh perasan ada darah keluar semasa membuang.
  • rasa gatal di bahagian sekitar tempat membuang air.
  • rasa sakit dan tak selesa
  • bengkak pada tempat buang air.
  • ada sesuatu berupa daging terkeluar, dan bila disentuh sakit atau mungkin juga tak sakit.

Penyebab Buasir

  • meneran keterlaluan semasa membuang
  • sembelit yang teruk
  • mengandung
  • obes
  • diet yang rendah fiber

Apa nak Buat Bila Kena Buasir?

Pertamanya yang boleh kta buat adalah jaga pemakanan. Mesti ambil makanan yang tinggi fiber seperti barli, roti gandum penuh, epal, almond, brokoli

Mengapa ibu hamil/ibu bersalin mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.


Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.


Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. (sumber)


Bagaimana cara mengatasinya?

1. Rendam kawasan terjejas dengan air garam suam. Larutkan garam kasar dalam air panas dan campurkan dengan air untuk jadikan air suam.
2. Sapu minyak kelapa dara dan cuba tolak buasir ke dalam perlahan-lahan.
3. Sapu serbuk biji manjakani. Tumbuk atau kisar biji manjakani sehingga halus, campurkan dengan sedikit air dan letak di kawasan terjejas.



4. Amalkan jus iChantique ketika dalam pantang .Sangat bagus merawat buasir.

Jika anda ingin berikhtiar menyelesaikan masalah BUASIR ini dengan JUS ICHANTIQUE  boleh terus hubungi saya di 012 3596310 (whatsapp) 

TESTIMONI PENGGUNA KAMI








0 comments:

Post a Comment