WHATSAPP:- 012-3596310


Sunday, January 1, 2017

PUNCA SAKIT LUTUT





Punca Sebenar Sakit Lutut Terjadi

Orang kita di Malaysia terutamanya golongan muda tidak mengambil serius tentang sakit lutut dan menganggap sakit tersebut mudah dirawat dan akan sembuh dengan sendirinya. Sakit lutut juga dikenali sebagai Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis terutama di bahagian lutut.
Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu




Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.

Ada pelbagai punca mengapa radang ini terjadi, namun mengikut statistiknya lebih kurang 10 ke 20 peratus golongan dewasa akan mengalami penyakit ini. Hakikatnya, ia selalu menyerang seiring dengan peningkatan usia iaitu seawal usia 45 tahun untuk golongan lelaki dan 55 tahun bagi wanita.






Punca-punca sakit lutut


  • Umur Semakin Meningkat


Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan factor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. Antara simpton-simpton pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yg sihat seperti perbanyakkan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin C.

  • Berat badan yang berlebihan atau Obesiti
-----------------------------------------------------
Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoartritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.Penyakit-penyakit lain ini termasuk reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejas sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).

  • Baka atau Keturunan
---------------------------
Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut. Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini. Genetik yang ada pada pada ibubapa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak.Namun, daripada 5 adik beradik besar kemungkinan hanya 2 orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicitnya juga mendapat penyakit yang sama. Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius, Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.

  • Jantina ( wanita lebih berpotensi )
------------------------------------------
Wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki disebabkan hormon, peningkatan kadar kolesterol, faktor pemakanan dan selepas putus haid.

  • Tekanan Sendi Berpanjangan
--------------------------------------
Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi. Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan factor utama sakit sendi ini terjadi. Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana tekanan berterusan kepada sendi.

  • Cedera / Trauma
---------------------
Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi. Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. Ini kerana mereka tidak memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku.Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang.

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


7 Makanan Yang Perlu Dielak Untuk Atasi Sakit Sendi Lutut Dengan Cepat



Berikut adalah 7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi:

1.0 Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan

Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.
Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

2.0 Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita

AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.

3.0 Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.
Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.

4.0 Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak

Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.
Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.

5.0 Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!

Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.
Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.


6.0 Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet

Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.
Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.

7.0 Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun

Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.

BAGAIMANA UNTUK MERAWATNYA??
Sila baca TESTIMONI dari pelanggan kami


JUS iCHANTIQUE penyelesaian sakit lutut
bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan malah banyak lagi khasiat jus ini lebih2 lagi untuk dalaman wanita.SUPER DUPER HEBAT!

Kandungan jus ini berasaskan herba2 terpilih serta campuran makanan sunnah seperti kurma & habatussauda yang uolls tersedia maklum khasiatnya!

Paling penting ia semulajadi, selamat dan berkesan.

Kenapa Anda Perlu Membuat Pilihan Dengan Berhati-hati?

Kebanyakan dari ubat sakit lutut yang dijual secara meluas di pasaran mengandungi steroid. Jika ubat yang anda makan itu serta merta meredakan sakit sendi dan otot itu adalah petanda ubat itu berkemungkinan besar mengandungi steroid. Jika berterusan mengambilnya dalam masa beberapa hari, berat badan akan meningkat mendadak dan pipi menjadi tembam. Ini sangat bahaya untuk buah pinggang dan berpotensi menyebabkan tulang reput.

Dr.Zubaidi Haji Abdullah pernah menceritakan tentang seorang pesakit wanita berusia lingkungan 50-an yang terjatuh dari kerusi dan tidak semena-mena patah tulang punggung. Apabila dibawa ke hospital untuk x-ray didapati beliau mengalami masalah osteoporosis akibat daripada pengambilan ubat herba yang dipercayai bercampur dengan streoid untuk melegakan sakit sendi lutut beliau.
Justeru, kita perlu berhati-hati dalam memilih ubat atau supplemen. Jangan sebab ianya mungkin murah dan memberi kesan semerta tetapi jangka masa panjang membawa mudarat kepada kesihatan kita.

Jika anda inginkan manfaat maksimum, boleh dapatkannya sekarang dari saya.


HARGA 

1 Botol Rm55
2 Botol Rm100


PAKEJ SUPER JIMAT
3 Botol Rm138 

**Harga tidak termasuk POS LAJU
*1 botol Pos RM8
*2 botol Pos RM10
*3 botol Pos RM12



CARA BELIAN PANTAS!

✆ WASAPP ❝'JIC❞ ke 012-3596310 / 014-9771434
✆ WASAPP ❝JIC❞ ke 012-3596310 / 014-9771434
✆ WASAPP ❝'JIC❞ ke 012-3596310 / 014-9771434









0 comments:

Post a Comment