Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan
yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan
berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana,
iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan
sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori.
Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan
cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.
Ramai
beranggapan kurus tak penting….yang penting bahagia….betul ker…………..tak
pandangan saya ianya kurang tepat kalau
kita lihat dan fikir dari banyak sudut.Di sisi pencipta kita semuanya sama
sahaja…..tapi bila gemuk kita lebih
mudah terdedah kepada pelbagai penyakit
Sekiranya berat badan berlebihan, pelbagai keadaan serta
masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
v Penyakit
kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
v Strok (angin ahmar)
v Tekanan darah
tinggi
v Batu hempedu
v Diabetes (kencing
manis)
v Paras kolestrol
darah yang tinggi
v Gout
v Sakit di bahagian
bawah belakang badan
v Sukar bernafas
v Osteoartritis spina
(tulang belakang), pinggang atau lutut
v Gangguan pembuangan
air kecil
v Penyakit hati
v Barah usus
Bahkan bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang
berbunyi:
Daripada Aisyah r.a., “Bala yang pertama sekali berlaku
kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab
apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah
hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.”
(Hadis riwayat Bukhari )
Pernahkah anda mendengar istilah BMI (Body Mass Index)? BMI
atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat
badan yang unggul.
Berat (Kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
v Kurang dari < 20
= Kurang berat badan
v 20 hingga 25 = Berat badan unggul
v 25 hingga 30 = Berlebihan berat badan
v Lebih dari >
30 = Obesiti
Agak-agaknya di manakah kedudukan kita? Setelah mendapat
keputusan BMI, bolehlah kita menentukan
sama ada kita tergolong dalam kategori
gemuk atau terlalu kurus
Julat sihat (berat badan unggul) adalah antara 20 hingga 25.
Pengiraan BMI ini hanya diterima pakai bagi usia antara 18 hingga 64 tahun .
Berat
badan anda berlebihan? Jangan risau, pasti ada penyelesaian jika anda
benar-benar inginkan perubahan. Langkah seterusnya, setkan dalam otak sebab-sebab
mengapa perlu kurus:
1. Kesihatan yang baik :
Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti
sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan
kurus.
2. Jimat duit makan :
Jika badan gemuk, makan pun pasti berselera besar.Shopping barangan dapur pun
tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la kurus.
3. Jimat duit petrol : Berat badan berlebihan menyebabkan bebanan kepada
kereta. Pasti terpaksa tekan minyak
lebih untuk menggerakkan kereta.
4. Meningkatkan keyakinan diri :
Estim diri bertambah bila berada di
sekeliling orang lain. Panggilan 'kakak'
atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan hidup.
5. Membuktikan bahawa diri mampu berubah :
Ramai insan yang mencabar kita
untuk kurus. Oleh itu, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh
kurus dan cantik.
6. Memberi kepuasan kepada diri sendiri :
Satu kepuasan jika dapat mencapai
sasaran. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk adalah di saat perpisahan
dengan makanan kegemarannya.
7. Senang mencari saiz baju :
Dulu kurus, baju saiz S atau M je. Tapi kini
dah jadi saiz L atau XL. Sayang dah tak boleh pakai baju saiz S atau M tu. Kalau dipakai juga, sebiji macam sarung
nangka.
8.Memudahkan pergerakan :
Kalau naik pengangkutan awam (bas, komuter) yang
padat, sukar untuk menyelit masuk dengan tubuh badan yang besar. Terpaksa
tunggu bas atau tren seterusnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh orang yang nak
kurus adalah berazam dalam hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu
mengubah diri kita. Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah
bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''.
T I P S K U R U S K
A N B A D A N D E N G A N
S I H A T
1. Piramid makanan
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan
anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda
perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan.
Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh
anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu
diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia
berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan
menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut
urutan daripada piramid pemakanan tersebut.Kita maklum agak sukar mematuhinya
terutamanya pada musim perayaan.
2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang
warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya
sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri
kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit
seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak
merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah
penyakit.
3. Jangan lupakan serat
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya
mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang
cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda
sihat dan mampu bekerja dengan baik.
4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan
penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan
lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh
kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt
yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia
mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat
berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk
melalui makanan yang anda makan.
5. Rahsia ikan laut
Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan,
bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga
memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik
untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti
salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan
jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.
6. Khasiat kacang soya
Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia
membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu
melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan
daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.
7. Jangan lupakan air putih
Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap
hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga
keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh
juga seiring dengan pertambahan usia.
8. Lakukan senaman
Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda
perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu
mengatasi berat tubuh daripada bertambah.
C A R A U N T U
K K U R U S
Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang
telah mencapai tahap obesiti.Di Sini
ada tips untuk menurunkan berat
badan lalu mencapai berat badanyang ideal.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan
14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa
cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga
sihat.
1. Kunyah makanan
lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas
akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan
pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang
kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi
seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Jika anda
terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan
dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4. Jangan makan
lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan
sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Jika anda
terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau
makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan
terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk
menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan
sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana
sehari.
7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan
membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu
makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda
masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan
memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan
tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh
menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan.
Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang
betul dan sihat.
10. Tingkatkan
aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari.
Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan.
Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti
seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih
untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit
up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
petang selepas balik kerja. Lakukan
sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke
hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda
bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk
mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
P AN D U A N M E N U
R U K A N B E R A T B A D A N
1.Berpuasa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah
nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan
pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu
tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah
makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang
"miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu
pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun
cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam
atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula,
santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan.
Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan
berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan
perjalanan angin dalam badan.
2.Penjagaan makanan
Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang
miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin
sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja.
Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali
seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus.
Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan
kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak.
Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh
menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu,
sengkuang, betik dan sebagainya.
3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera
Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan
ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita
termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai
tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan
dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang
sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan,
kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman
den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.
4.Bersenam
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan
perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat
menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan
baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang
terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi
dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.
5.Kawal nafsu makan
Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita
hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja
harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan
saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi
perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah
banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim"
ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an.
Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk
keselesaan hari esok.
~SEMOGA BERMANFAAT~
0 comments:
Post a Comment