WHATSAPP:- 012-3596310


Wednesday, May 18, 2016

Tidur Pun Boleh Kurus? 5 Cara Berkesan Kuruskan Badan Ketika Tidur!

Tahukah anda, jika anda kurang tidur dalam masa seminggu, berat badan anda akan naik sebanyak 1 hingga 2 kilogram.

Tidur yang cukup sangat penting untuk tubuh dan anda boleh cuba 5 cara mudah yang pastinya berkesan untuk kuruskan badan ketika tidur.

Admin nak SHARE kan 5 tips penting ni .

1. Ambil Minuman Protein Sebelum Tidur

 Jika anda suka makan snek sebelum tidur, gantikan snek tak sihat anda tu dengan minuman protein. Protein akan merawat otot sepanjang malam dan lebih banyak kalori dimusnahkan ketika tidur.

2. Tidur Dalam Bilik Gelap

Tubuh akan menghasilkan hormon melatonin apabila anda tidur dalam bilik yang gelap. Ia buatkan anda lebih mudah untuk tidur dan membantu pembakaran kalori lemak.

3. Rendahkan Suhu Bilik

Suhu bilik yang sejuk membantu tubuh anda untuk membakar lemak ketika tidur. Bukan tu je, tidur pun lebih lena jika tidur dalam keadaan sejuk.

4. Tutup Segala Gajet
Sebelum tidur, pastikan anda tutup segala barangan elektronik atau gajet. Kajian mendapati cahaya biru yang dipancarkan dari telefon pintar, boleh mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh, sekaligus mengganggu metabolisme.

5. Dapatkan Tidur Secukupnya

Kajian mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan sel-sel lemak kurang sensitif terhadap insulin, perubahan metabolisme dikaitkan dengan obesiti. Kurang tidur buatkan anda gemuk!

0 comments:

Post a Comment