Sunday, January 13, 2013

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ?  Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN.
(DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA BERJAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)
Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut  dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)
Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda  boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancar. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6.MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER AIR KOSONG SETIAP HARI.
(Drink at least 2 litre of water everyday)

7. HINDARI MINUMAN BERKAFIEN SEPERTI TEA DAN COFFEE DAN MINUMAN BERGAS 
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula dan makanan berkabohidrat.

8.KIRA SETIAP PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1gms NET KARBOHIDRAT.
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

9.APABILA ANDA MAKAN DILUAR BERHATI-HATI DENGAN KARBOHIDRAT TERSEMBUNYI.
(When you eat out, watch for hidden carbs)
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10.JANGAN MENYANGKA SEMUA MAKANAN MENGANDUNGI KARBOHIDRAT RENDAH.
(Don't assume any food is low in carbohydrate)
Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.


Anda sembelit selepas minggu ke dua berdiet Sd2? Ini adalah perkara biasa terjadi kepada mereka yang mengikuti Program diet bersama sd 2. Ini kerana badan kekurangan serat yang biasanya kita ambil dari sumber karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin dan gandum. Sembelit boleh mengakibatkan rasa tidak selesa, kekembungan,pening kepala, badan berasid dan menimbulkan pelbagai masalah penyakit yang lain malahansembelit akan merendahkan kadar metabolisma badan dan ini akan menyebabkan badan berhenti membakar lemak atau kadar penurunan akan jadi sangat perlahan.
Mengapa kebanyakkan produk pelangsingan yang biasa terdapat dipasaran akan menggalakkan pembuangan air besar yang kerap? Ini kerana konsep yang sama. ‘Bila usus bersih, metabolisma akan tinggi dan kadar pembakaran lemak akan jadi sempurna’. tetapi diet cara seperti ini tidak digalakkan kerana ianya hanya akan menyebabkan anda kehilangan cecair yang banyak dari tubuh.
Bagaimana mengatasi masalah sembelit ketika mengikuti diet ini? Anda boleh mendapatkan ‘Fibermax’ dari pengedar anda atau boleh juga mendapatkan produk seumpamanya seperti ‘fiberplus’ dari farmasi berhampiran. Atau anda hanya perlu lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti kangkung, bayam, sawi, dan kalian serta minum air kosong dengan banyak.  Anda boleh cuba cara ini iaitu ambil 2 jenis sayur dan satu jenis protin ( ikan atau ayam atau daging ) pada hidangan tengahari dan malam. 

Selamat berdiet dan jumpa lagi untuk kupasan plateau ( penurunan lambat ) dan cara mengatasinya..

CARA-CARA MINUM SLIM DIET 2 (SD2)
========================
Goncang tin Sd2 setiap kali sebelum membuka tin kerana mungkin terdapat nutrisi yang mendap di dasar tin. 

1. Bancuh 2 scoop sd2 + air sejuk atau air suhu bilik  jangan guna air panas atau air suam  4 kali sehari sebelum makan.
  •   2 scoop sebelum sarapan
  •   2 scoop sebelum makan tengahari
  •   2 scoop sebelum makan malam
  •   2 scoop sebelum tidur
2. Elakkan makanan berkarbohidrat tinggi, manis-manis, buah-buahan dan kafein.
3. Makan protein (lauk) dan sayur-sayuran sahaja.
4. Minum air masak 2 liter sehari.
5. Senaman akan membantu penurunan berat badan dengan lebih cepat.

BAGAIMANA SD 2 BERTINDAK MENURUNKAN BERAT BADAN?

Badan anda mendapat tenaga melalui 2 cara iaitu;

i. Makanan yang ditelah anda makan,( Karbohidrat ) dan
ii. Lemak badan yang sedia ada pada badan

Apabila anda mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat (dari gula dan kanji) badan anda secara semulajadi akan memecahkan lemak yang sedia ada pada badan untuk menjana tenaga. Apabila anda mengambil SD 2, kadar pengambilan karbohidrat anda dapat diminimumkan dan badan akan secara semulajadi memecahkan lemak badan anda bagi mendapatkan tenaga.

Dalam proses memecahkan lemak atau Ketosis, satu bahan yang dipanggil Ketones dihasilkan. Ketones dapat dikesan melalui ujian air kencing pada satu alat yang dipanggil Ketostick.( Sila dapatkan dari wakil pengedar anda ) Tindak balas kimia ini dapat mengelakkan rasa lapar yang melampau (revenous hunger).

Program diet SD2 memerlukan kita sentiasa kenyang dan tidak berlapar.Apabila kita kenyang, maka metabolisma kita berfungsi secara optimum untuk membakar lemak yang terkumpul. Apabila kurang makan, pembakaran lemak kita menjadi perlahan dimana badan melindungi lemak kita supaya kita boleh hidup lagi lama kerana susah dapat makanan. ( Survival Mode ) Makanlah,  Cuma  jangan makan karbohidrat dan makanan / minuman bergula.

 
TIPS PENTING: 
  • Salah pengambilan tak akan menyebabkan gemuk. Tujuan utama sd2 hanya untuk kurus. Pastikan complete 8 scoop sehari. Boleh customize 3+3+2= 8 scoop atau 2+2+2+2= 8 scoop. SD 2 boleh diambil sebelum, selepas atau semasa makan. Kalau terlupa ambil time makan, ambil serta-merta apabila teringat
  • Makan lauk-lauk  dan sayur jeSayuran berubi dan buah tak dibenarkan sebab mengandungi Karbohidrat yang tinggi. Sebarang minuman manis pun tidak dibenarkan.  Apa jua masakan pun boleh kecuali yang dibubuh gula .Kebanyakkan sos pun tidak digalakkan ambil  kecuali sos Nandos.( yang disyorkan oleh SD2 consultant kerana mengandungi rendah karbohidrat ) Boleh didapati di pasaraya giant. 
  • Jangan skip waktu makan. Makan apabila terasa lapar. ( kecuali karbohidrat dan manisan ) Masukkan sedikit apple cider vinegar (1-2 sudu besar) kedalam susu setiap kali waktu makan tengahari atau makan malam (1 kali sehari sahaja).atau boleh diambil begitu sahaja atau dicampur dengan air suam/kosong. ( Apple Cider yang original sahaja tanpa honey ) Boleh dibeli di mana-mana kedai / farmasi.
  • Bersenam akan bantu penurunan berat badan yang cepat.  
  • Minum air 2 liter sehari penting kerana badan panas akibat pembakaran lemak yang efektif.




1.    Jangan menggoda atau menguji mereka dengan makanan.
Sewaktu keluar makan, pilihlah restoran yang menyediakan makanan yang sesuai dan mempunyai menu untuk mereka yang berdiet Cuba untuk makan dan menyediakan makanan yang berkaitan dengan Diet rakan anda seperti sekiranya rakan anda sedang berdiet rendah karbohidrat cubalah makan dan sediakan makanan yang rendah karbohidrat.

2.    Jadi Positif. kritikan hanya membuatkan diet menjadi lebih sukar. Sesetengah orang akan makan dengan banyak kerana kekurangan keyakinan diri. Bantu mereka dengan kata-kata positif, bukan kritikan negatif.
 
3.    Jika anda ingin memberikan sokongan, cuba, "Anda kelihatan lebih bertenaga setelah berdiet." Atau, "Wow diet anda mula berkesan, anda kelihatan hebat hari ini."
 
4.    Komen-komen seperti, "Anda bukannya gemuk sangat pun" dan "Anda sudah cantik begini " atau “ Saya tetap sayang awak walaupun awak sudah berisi “ adalah tidak berfaedah. Ingat diet seharusnya memberi tumpuan lebih kepada peningkatan taraf kesihatan daripada kehilangan berat badan.

5.     Adalah sangat penting untuk menghargai kerja keras rakan anda dan memahami cara terbaik untuk memberi sokongan. Berilah komen yang berdasarkan matlamat mereka iaitu adakah mereka cuba untuk menjadi langsing atau menurunkan lemak badan yang mula bertambah? Atau adakah mereka berdiet kerana disebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis? Adakah mereka mahu untuk melaksanakan yang lebih baik dalam kerjaya mereka yang menuntut mereka untuk menjadi langsiing? Adakah mereka mahu kelihatan dan berasa lebih muda, cantik dan bergaya?


6.    Berilah galakan pada tahap yang munasabah. Kadangkala anda mahu menjadi positif dan membantu, tapi tanpa anda sedari ia mungkin tidak kena gaya. Jika anda terlalu menyokong berlebihan anda secara tidak sengaja mungkin meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas mereka dan menghalang usaha mereka untuk diet. Ia haruslah lebih selamba, mengikut gaya hidup teman anda dan secara beransur-ansur, anda harus ingat ia bukannya satu projek besar yang menentukan hidup atau mati rakan anda. Tekanan seperti itu hanya boleh menggugat usaha mereka.
7.    Menghormati privasi rakan anda. Jangan menghebahkannya keseluruh dunia. Sesetengah orang malu untuk mengaku sedang berdiet dan tidak mahu semua orang tahu.
 
8.    Jika anda perasan rakan anda sedang berdiet tetapi menyembunyikannya dari anda. Jangan lah anda memerlinya atau cuba berseloroh secara terang-terang dikhalayak ramai. Tunggu sehingga anda bersendirian untuk bertanya kepada mereka tentang hal itu. Cuba bersikap selamba dan tidak menjadikan ianya perkara besar.
9.     Apabila rakan anda berasa tertekan atau kecewa seperti penurunan yang agak lambat atau berasa serik, dengar apa yang mereka katakan dan bersedia untuk menawarkan nasihat apabila ditanya. Kadangkala dengan hanya mendengar akan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri dan ia akan membantu mengurangkan tekanan rakan anda.

10.  Jangan menjadi hakim yang menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu buat rakan anda yang sedang berdiet. Rakan anda hanya memerlukan anda untuk menyokongnya. Merekalah yang berdiet dan terpaksa mengawal makanan dan itu merupakan tanggung jawab mereka dan merekalah yang akan menanggung buruk dan baik akibatnya bukannya anda.

11.  Ia adalah perkara biasa sekiranya mereka mencuri makan disana sini. Jangan menjadikannya masalah besar. Ingat, tekanan hanya akan menjadikannya lebih sukar.

12.  Menawarkan diri untuk diet bersama mereka. Mungkin anda hanya perlu kehilangan beberapa kilogram tetapi dengan cara ini anda boleh membentuk satu sistem sokongan. Atau, jika rakan anda adalah jenis yang kompetitif, memulakan pertandingan sihat seperti siapa yang dapat menurunkan berat yang banyak untuk satu tempoh yang anda tetapkan. Tetapkan satu ganjaran kepada sesiapa yang menang, ini akan memberi mereka semangat untuk menurunkan berat badan.

13.  Anda harus memahami mengapa mereka berhenti berdiet atau mengapa diet sebelum ini tidak berjaya.

·         Salah satu sebabnya ialah kemudahan untuk mendapatkan makanan. Makanan yang tidak sihat berkabohidrat tinggi dan bergula adalah lebih mudah untuk dicarimudah untuk disediakan malahan lebih murah.
·         Kadang-kadang sukar untuk menentukan apa yang harus dimakan dan apa yang mesti dijauhi dan mereka juga harus memastikan setiap pantang larang adalah dipatuhiIniadalah pertimbangan yang sangat sukar untuk mereka buat setiap hari.
·         Memahami bahawa diet adalah mahalRamai orang membayar sejumlah wang yang banyak untuk ke pusat pelangsingan, Gym, Kumpulan sokongan dan membeli produk pelangsingan




Pekerjaan anda hari ini tidak menuntut anda untuk membanting tulang seperti zaman dahulu. Percaya tak anda hampir tidak menggunakan tenaga anda seharian. Anda mungkin memandu ketika pergi dan pulang dari kerja malahan kerja anda hanya menuntut anda untuk duduk di depan meja komputer dan menggunakan telefon/e-mail untuk berurusan meskipun sesama rakan sepejabat. Jadi untuk anda hanya makan berat untuk 3 kali sehari adalah satu perkara yang menjadi masalah kepada kegemukkan dan masalah kesihatan anda pada hari ini. Adalah disarankan untuk anda mengambil 5 kali makanan sehari. Iaitu 3 kali untuk makanan berat dan 2 kali untuk makanan ringan.

Sekiranya anda makan dengan lebih kerap untuk jumlah yang lebih kecil sistem penghadaman anda tidak akan terbeban dan sistem penghadaman anda akan menjadi lebih cekap. Tetapi sebaliknya sistem penghadaman anda akan menjadi lebih lembab untuk memproses makanan yang lebih berat dan banyak untuk satu-satu waktu.

Makan dengan lebih kerap dengan jumlah yang kecil juga akan membuat anda menjadi lebih aktif dan ringan. Pernahkah anda merasa sangat malas dan mengantuk selepas mengambil makanan berat terutamanya tengahari? Makanan yang berat dengan jumlah yang banyak hanya akan membuatkan anda malas dan lesu.

Makan dengan jumlah yang banyak untuk satu-satu masa juga akan melambatkan pembakaran kalori. Makanan yang lambat dibakar terutamanya karbohidrat dan gula akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan didalam tubuh. Makan dengan lebih kecil akan memastikan semua kalori dibakar pada satu-satu masa.

Menurut beberapa kajian  makan dengan lebih kerap dan ringan pada satu-satu masa juga membantu merendahkan LDL ( kolestrol jahat ).

Jika anda seorang yang malas bersenam atau tidak cukup masa untuk bersenam. Makan dengan lebih kerap dan ringan mungkin membantu masalah berat badan anda dan masalah kesihatan anda yang lainnya.

Ingat Rahsia untuk berat badan Ideal dan kesihatan yang baik ialah dengan mengawal paras gula didalam darah. Makan dengan lebih kerap dengan jumlah yang lebih kecil akan membakar lemak dengan lebih pantas dan meninggikan metabolisma badan . Gula yang tidak dibakar akan ditukar kepada lemak dan disimpan didalam tubuh.